sekarang jam dah 1 pagi tapi mood update blog tetiba datang. sebab apa?sebab tetiba rasa rindu zaman bekerjaya tu datang. so aku cuba luahkan rasa dalam ni. ceewahh!
last aku bekerja office feb 2012. lepas tu ada jadi guru ganti yang 2 ke 3 bulan ganti cikgu bersalin. lepas berhenti kerja tahun 2012, aku ada cuba apply kerja kosong lain. tapi yang dapat setakat panggil inteview aje. tak tahu lah rezeki aku nak dapat kerja best macam susah sangat!tapi sekarang aku dah nampak hikmahnya. Allah nak bagi aku rezeki yang lebih lagi. masa aku berhenti kerja, Arsyad & Amani dah ada. so hikmahnya sekarang aku dapat lagi sepasang Ardini & Aqil. bila fikir balik aku ada 2 pasang anak, aku jadi positif balik. rasa bersyukur!
tapi mood nak masuk kerja balik tu selalu datang tau!tapi bila fikirkan anak-anak, mood tu terkubur macam tu je. aish!orang bekerja nak jadi housewife, bila dah jadi housewife mintak kerja kosong pulak!hehe..
lalalalalala...
kalau aku kerja, anak-anak semua kena cari tempat pengasuh. kalau dapat pembantu rumah macam senang jugak. boleh tolong kemas rumah sekali kan!kos nak hantar pengasuh pulak berbaloi ke dengan gaji aku nanti?bila arsyad & amani balik sekolah siapa pulak nak ambil?ardini & aqil ni aku sanggup ke nak tinggal kat pengasuh?
ya Allah kuatnya ibu-ibu yang bekerja. jiwa kental sungguh!aku tak pasti dapat kental seperti mereka. tapi kalau kerja & gaji macam okey dapat jugak ringankan beban suami kan!
me with my no 2, Nur Amani |
semuanya aku serahkan pada Dia. aku tahu Dia ada sesuatu yang terbaik untuk aku. mungkin orang lain tak nampak apa yang aku buat sekarang. apa yang aku korbankan sekarang. tapi aku tahu Dia tahu segalanya. semoga hari esok aku lebih baik pada hari ini.
love,
gee