Thursday, May 25, 2017

kenapa Gee suka tulis blog

skema tak tajuk post tu?haha!

kenapa gee suka tulis blog?

1) Nak simpan memory. untuk anak-anak especially. sebab mungkin hari esok ingatan pun dah kurang nak story mory kat diaorang,  so masa tu diaorang boleh baca blog ni.

2) Nak share tips dan info. ok yang nie gee suka sangat! gee ni takdelah banyak sangat tips. tapi yang mana sempat dikongsi gee akan kongsi dalam blog. moga bermanfaat untuk kita semua.

3) Nak share bisnes. ok yang ni sampingan je sebenarnya. sekarang gee in love dengan Mary Kay. so gee nak share apa yang best sangat dengan Mary Kay ni ye. haha!

4) For side income. yang ni gee tak pakar lagi. masih lagi usaha untuk dapatkan income dari nuffnang ( ada beberapa sen je). 

5) Nak cari kawan baru! gee housewife tau!jiran pulak semua kerja. bosan jugak takde geng nak sembang. ada blog boleh lah blogwalking, baca post korang..inspiration!


love,
gee ❤

Sambutan Hari Jadi di A&W

wah kakak Amani paling tak sabar menunggu hari Selasa lepas. kelas pra sekolah ada buat sambutan hari jadi di A&W. pergi dengan bas. lagi lah tak sabar kan. 

nampak tu excited kan!
thank you semua cikgu pra, guru pengiring, pembantu pra, guru besar & semua yang menjayakan aktiviti kali ni. 

tudung dah ke laut Amani oi!haha




walaupun ibu tak pergi, tapi ibu rasa happy tengok kakak enjoy dengan kawan-kawan. pengalaman yang indah untuk kakak. ibu simpan dalam blog ibu. esok-esok kakak dah besar boleh tengok balik kan. 


thank you semua!

pra sekolah tahun 2017

Sunday, May 21, 2017

Sayang Ibu Pada Si Sulong

Malam ni topic kat group whatsapp pasal anak sulong. anak kita yang pertama. dan semestinya aku rasa sangat bersalah pada si sulongku Muhammad Arsyad. sebab mungkin dia terasa dengan aku & shuben. sebab kami kurang memberi perhatian, kurang masa untuk dia. 

di usia dia setahun 2 bulan, dia dah bergelar Abang kepada Amani. hanya selama setahun 2 bulan kami fokus pada dia seorang. selepas dikurniakan rezeki Nur Amani, perhatian dah terbahagi kepada 2.

2012 : gambar family ber empat..Arsyad setahun lebih..Amani 3 or 4 bulan kot masa ni..( lupa! )
Dear Arsyad,
ibu tahu one day Arsyad akan baca blog ibu ni. we love u so much!!ibu tahu Arsyad paling banyak mengalah. dengan ibu pun Arsyad mengalah. terima kasih my son! ibu doakan abang sentiasa diredhai olehNya. sentiasa dimurahkan rezeki olehNya. jadilah anak yang taat pada agama, berbakti pada yang tua. ibu tahu Arsyad paling banyak berkorban sejak Arsyad umur setahun 2 bulan lagi. terima kasih sayang!we love u so much!

Arsyad 7 yo and Amani 6 yo

Thursday, May 18, 2017

idea hadiah hari guru

hari guru dah lepas tapi takpelah nak share idea jugak!haha

al kisah!sebenarnya ibu lupa tarikh!memang dari minggu lepas duk pikir nanti hari guru nak beli hadiah. 15hb malam baru teringat!eh!harini dah berapa haribulan?esok 16 mei ke?hadoi!malam tu pulak shuben ada game badminton. ish!kalau teringat dari siang tadi senang pulak keluar pergi cari. malam nak keluar dengan cinonets 4 orang tu macam cari pasal lah pulak!

so message lah kat sorang kawan ni, bakers. kenal pun sebab dia ibu kawan amani. kot lah ada cookies ke, cantik jugak kan. tapi takde!pastu memang tak dapat lah nak buat apa-apa. bagi lusa je lah!

16 mei tu Arsyad & Amani tak bawak lah hadiah. nasib diaorang tak bising. balik sekolah tu je bising sekejap. nak bagi hadiah kat cikgu.

pagi 16 mei tu keluar pergi pasaraya. entah nak bagi apa ye. tahun lepas bagi mug. pastu nampak frame gambar. comel-comel je. pastu husband nak printkan gambar Arsyad & Amani. kali ni ibu ayah bekerjasama sungguh!haha


untuk cikgu kelas pra kakak Amani

untuk guru kelas Arsyad

tadaaa...
bila idea datang last minute, cenggini lah hasilnya. beli kad, ingat nak tulis tapi gunting & tampal je lah apa yang ayah dia print. ikutkan nak masukkan dalam frame gambar & kata-kata tu, tapi masa tak sempat!haha

gambar frame lupa nak ambil. kalut. haha!

Tuesday, May 16, 2017

Giveaway Time By Aishah Badrulhisham

click banner untuk join
hi korang!

jom memeriahkan giveaway dari blogger Aisyah Badrulhisham!

syarat nak join simple je!

hadiah pulak memang awesome!

jom pakat-pakat join!

Selamat Hari Guru 2017

untuk yang bergelar pendidik, gee ucapkan Selamat Hari Guru! jasa kalian hanya Allah s.w.t mampu balas. gee doakan kalian sentiasa dirahmati olehNya.

Untuk semua guru yang pernah mengajar & mendidik gee, terima kasih buat kalian. banyak pelajaran & pengajaran gee dapat daripada semua cikgu.

buat semua pendidik anak-anak gee. Cikgu Ramlah, Cikgu Su, Cikgu Nor, Cikgu Dah, ustazah-ustazah, Cikgu-cikgu Arsyad sekarang & semua cikgu yang mendidik Arsyad & Amani, gee ucapkan jutaan terima kasih! semoga kalian semua sentiasa dimurahkan rezeki, mendapat rahmat dariNya.




Sunday, May 14, 2017

Adabi buat Kajian Penggunaan Snek Di Kalangan Pengguna


jom join survey dari team adabi. gee dapat tahu dari blogger : Love Is Simple

sambil golek-golek layan je survey adabi di link 

mana lah tahu kot ada rezeki dapat stok barang dapur dari Adabi ke kan. hehe. huntongg dapur saya!

laptop rosak!

sedih sungguh!

tadi line clear sangat clear tau nak blogging tru laptop. sebab si kecik Aqil tidur. si sulong Arsyad pergi kelas Kafa. si puteri Amani dah tertidur atas kerusi. sian penat sekolah lah tu. tinggal si bulat Ardini je. ingatkan boleh buat 1 post kat laptop. tapi apakan dayaku.

sempat gee blogwalking kat blog ana suhana je tadi. pastu tambah beberapa friend list. tup tup skrin gelap! try restart. sama jugak! call shuben, tanya kot lah sendiri boleh baiki ke kan. namun, tiada jodoh kita ya laptop. nasiblah! 

sibuk si bulat Ardini nak masuk frame!
semoga kamu cepat sihat ye laptop!petang karang kita check ye kot lah selsema ke, demam ke. 

eh!ada orang nak sponsor gee laptop?notebook?Alhamdulillah..hahahahahhaa..feel like my dreams comes true!walaupun rekaan sahaja!hah!

dah!nak tambah friendlist lagi ni!sebab follower kena cari baru..yg dulu dah hilang sebab tukar blog. 

done for now!

love,
gee ❤

Wednesday, May 10, 2017

cod lipstick mary kay

Alhamdulillah..

ada rezeki dengan Mary Kay. syukur. harini gee cod 4 batang lipstick ke office lama gee. thank you semua support gee dengan mary kay!


sorang beli sebatang!!thank you korang!warna pilihan hati diaorang ni semi matte midnight red, mauve moment & powerful pink.

lipstick semi matte gel mary kay
warna ikut si pemakai jugak tau!macam gee kalau pakai midnight red dia jadi macam dalam gambar bawah ni ha.
im wearing semi matte gel warna midnight
lipstick semi matte gel ni best pakai sebab rasa bibir ringan je. macam tak pakai lipstick tapi tengok cermin, merah je bibir!haha!


sehari sebelum cuti wesak gee pos lipstick semi matte gel warna always apricot. warna ni cepat betul sold!thank you biras baru sudi beli lipstick dari kak gee. 

untuk bulan Mei sahaja mary kay ada offer lipstick tau!jom grab sekarang!jimat berbaloi-baloi!


siapa nak jadi beauty consultant mary kay?

siapa nak kulit muka bersih & sihat?

whatsapp gee 013 9219135

love,
gee

Tuesday, May 9, 2017

Event Mary Kay : Debut New Sales Director

hai korang!

gee nak share event Mary Kay Jumaat baru ni..lambat sikit update..

gee dengan executive senior sales director (essd) kak linda

with my sales director (sd) kak ninie. tahniah kak ninie!semoga cepat-cepat turn gee pulak!

majlis ni untuk meraikan sales director baru. salah seorangnya sd kak ninie. teruja tau bila pergi majlis macam ni. dapat tahu diaorang punya big why buat mary kay. sekarang dah berjaya, bonus pun dah boleh tampung perbelanjaan harian, settlekan loan, bawak family pergi holiday. siapa yang tak nak macam tu kan. housewife macam gee ni lagilah!

gee dengan senior sales director (ssd) kak shelly.
antara perkongsian hebat, sales director bercerita tentang jatuh bangun diaorang dalam dunia mary kay. semua beremosi bercerita. tambahan lagi, keluarga diaorang pun ada sama dalam majlis ni. terkejutnya gee, ramai doktor perubatan dalam mary kay ni. diaorang buat sebab produk mary kay bagus, pastu untuk tambah income. 
my team!
gee with essd kak nurul

with my recruiter future sales director meg
me, my guest & pam ( independent senior national sales director) 
guest gee siap dapat free lipstick lagi tau!bertuah sungguh!tu yang gee excited ajak kawan-kawan datang haritu. sebab memang best!gift pun memang awesome lah!

million thanks to husband sebab tolong jagakan the kiddos kat rumah. tanpa bantuan beliau tak dapatlah si wifey ni join event debut yang super awesome ni!haha!

rasa macam cecepat je nak jadi sales director.doakan gee next!

sepetang di majlis debut, sangat best!release stress sekejap bila dapat ber 'me time'. sebab tu gee bercinta dengan mary kay.

done for now!

love,
gee

Sunday, May 7, 2017

sedapnya Munchy's Oat Krunch


all time favourite me and the kids..kalau tak ibu ambil masa shopping barang dapur, mesti Arsyad ambil..haha..

well..im chocolate lovers. of course i choose dark chocolate..sedappp..perfect for kudap-kudap..haha!

Anak-anak gee semua suka..kalau nak travel pun gee buat bekal..budak-budak cepat lapar..so sementara nak jumpa kedai makan, bagi je oat crunch ni!boleh buat alas perut..

bulan puasa nanti jangan lupa buat stok..makan masa sahur. elok tau untuk bagi energy.kalau gee, mau 2 pack gee makan masa sahur..bf baby kan cepat lapar..time sahur kena makan makanan yang tahan lapar..so takde lah baru 10 pagi perut dah nyanyi lagu keroncong!haha!

sebenarnya, nak update berkenaan majlis debut sales director mary kay baru ni..nanti gee selit masa..hehe...

love,
mrs hazeera

Thursday, May 4, 2017

Jom Datang Ke Felda Residence, Kuala Terengganu, 5 Mei 2017

Assalamualaikum..

hi semua..million thanx sebab sudi jenguk ke blog gee yang tak seberapa ni..

okeh post ni gee nak jemput semua yang berada di sekitar Kuala Terengganu datang ke Majlis Debut New Sales Director gee, SD Ninie..


majlis pagi & petang..cumanya majlis formal bermula pukul 2 petang ni..antara aktiviti yang ada, tetamu yang datang boleh join free skincare class, boleh cuba pelbagai jenis & warna lipstick, boleh belajar basic make up..


gambar malam tadi..baru nak tampal sticker!haha...sebabnya?nanti masa open skincare semua beauty consultant akan bawak barang masing-masing..maka untuk mengelakkan daripada barang hilang kita buat langkah berjaga-jaga dulu ye..

joms!siapa yang berada di kawasan sekitar Kuala Terengganu jemput datang ye petang ni di Felda Residence..

boleh whatsapp gee untuk details program 0139219135

love,
mrs hazeera

Wednesday, May 3, 2017

Weekend & Public Holiday 1 Mei

pagi semua..

pagi ni awal-awal dah berblogwalking..ambil inspirasi untuk tulis blog..hehe..

weekend baruni cuti yang panjang kan..tapi gee kat Terengganu..so Jumaat cuti, sabtu cuti tapi husband gee kerja ( off jumaat je),  ahad kerja, isnin cuti hari pekerja, selasa back to normal. hehe

banyak sangat aktiviti..di tambah pulak kebetulan husband ada badminton tournament..lagilah busy..

sabtu pagi gee ada skincare class..lepas tu sabtu petang husband pergi candat sotong..dia pergi dengan kawan-kawan gee kat uum dulu..geng-geng kelab kenu..yup!gee dulu termasuk senarai majlis tertinggi kelab kenu uum tau!jadi setiausaha lagi tau!haha


tu gambar hero & heroin kat jeti..masa hantar ayah dia nak pergi candat..tahun lepas pun husband gee join jugak diaorang ni..tapi sotong sekarang dah tak banyakk...macam dulu kalau orang pergi candat, sotong tu berbakul-bakul dapat..sekarang kalau husband bawak balik boleh lah sekali dua masak, makan kami anak beranak...sedihnya sebab orang main kotor..ada pihak yang guna pukat tunda ke apa ntah..habis lah semua keturunan sotong tu..kesiannnn...huhu

okeh!settle sabtu!ahad pulak..penuh aktiviti kat luar..pagi ahad gee pergi jeti jumpa geng-geng kenu...kawan dari jauh datang, kenalah jumpa..hehe

lepas 1pm ambil anak sekolah terus keluar pergi cod vco, pos sutera kat dropship..kebetulan adik ipar ada balik...so nak kena plan balik rumah mertua jugak..aishhh..malam tu husband ada badminton..so pass je lah abang ngan kakak dulu..jumpa in laws kat bandar kejap pastu setelkan urusan cod with si keciks 2 orang..haha..

malam tu lepas husband habis game terus balik rumah mertua...dalam 1230 pagi kot sampai..semua dah tidooo..haha..

esoknya 1 Mei...kebetulan ada sedara husband pun datang rumah..i ols pulak nak pergi kenduri rumah adik bff plus nak pergi tengok baby bff..banyak sungguh agenda...malam tu husband ada game badminton lagi..so kena plan bebetul!hoho


sempat bergambar dengan keluarga mertua..hehe..simpan buat kenangan..

dalam pukul 4 petang gerak ke kenduri adik bff..lebihnya bila datang lewat kenduri, kita akan ada masa untuk sembang, nak bergosip..hehe...kalau makanan habis pun tak kisah sangat sebenarnya sebab motif utama nak jumpa kawan dulu..hahaha


yang baju kuning tu tie..yang baju purple tu hada...keduanya antara kawan baikkkk masa kat sekolah menengah dulu...bila dah masuk zaman kerja, berkeluarga, maka jarang-jarang lah boleh jumpanya...

lepas kenduri gee & hada terus pergi ke rumah ila..kawan baikkkk kami jugak...


ila yang kat tengah tu ha...baby boy ke 3..so tahun depan kena cuba lagi..misi mencari bunga..hehe...

balik dari rumah ila, bawak budak-budak pergi kedai rm2...sebab dah janji, kalau semua bagus, ayah belanja mainan kat kedai 2 ringgit..hahahaha...nasib sungguh!

malam semua kena paksa tidur awal sebab esok sekolah..ibu pun kepenatan yang amat!fuhhhh....

sibuk kan hujung minggu kami?hehe..

done for now...nak lipat kain baju sikit..gunung ganang dah tinggi sangat dah tu..hahahaha

love,
mrs hazeera

Tuesday, May 2, 2017

Skincare Class Percuma

hi korang!
 gee nak share last weekend gee & team ada buat skincare class..semua percuma tau sebab dalam Mary Kay ni kami di ajar untuk berkongsi, memberi tanpa mengharapkan balasan..


tudung biru tu Sales Director Ninie..sekejap je tau dia jadi sd..dalam 10 bulan je..best kan?masyukkkk..hahahhha

okeh!dalam skincare class ni kami akan ajar teknik yang betul tentang penjagaan wajah...mungkin sebelum ni ada yang tak tahu cara yang betul nak cuci muka, sebab tu masalah jerawat & jeragat selalu ada..perlu tahu apa rutin yang sepatutnya kita buat supaya kulit wajah kita kekal sihat..jangan fikir nak putih flawless je tapi kulit dalam rosak..akibatnya esok-esok muncul masalah jeragat, bintik hitam, kulit kusam..


semua produk Mary Kay kami guna tanpa sebarang caj tau!jangan risau k..hehe..so dalam kelas ni korang boleh lah cuba produk mary kay..pastu yang bestnya kami akan ajar jugak basic make up..so nanti korang boleh lah nak try lipstick, mascara, eye shadow dan semuanya lah!


korang yang tinggal di sekitar kuala terengganu boleh jugak datang next event di Felda Residence...sempena majlis debut New Sales Director, akan ada pelbagai aktiviti yang best antaranya open skincare clasa, lips spa, lipstick party, perfume party..

best bila dengan Mary Kay, akan ada masa untuk diri sendiri..sesibuk manapun kena hargai diri kita..belai & dimanja..hehe..

love, 
mrs hazeera

Followerku hilang

Hi semua.. 

Alaa sedih pulaks! 

Sebab follower dari blog sebelom nie dah takde.. Sebab sebelom ni gee log in guna akaun blogger... Sepatutnya guna akaun google.. So sekarang baru tukar ke akaun google.. I ols kena banyak cari ilmu dengan incik google lah! Banyak benda masih kabur.. Haha

Follower dalam 80 lebih blog sebelum nie.. Sekarang kena gigih buat blogwalking..

Jiwa kena kental!kena rajin menulis & sharing story mory.. Haha

Done for now! 

Love, 
Mrs hazeera

Welcome To Mrs Hazeera Blog

Assalamualaikum semua..

selamat petang!!

yeay!!finally blog gee dah siap di make over kan..hehe...



Firstly, million thanks to blogger sis awa sebab sudi terima tempahan dari gee walaupun beliau sekarang tak berapa sihat dek kerana rezeki nak terima orang baru..hehe...

congratulations awa!!semoga awa & baby sihat-sihat je k..korang yang nak suruh awa designkan blog kena tunggu awa habis alahan dulu..hehe...teringat masa alahan the 4A's gang tu!perit sungguh dugaan!

korang yang tak kenal lagi sis awa boleh lah terjah blog beliau ni :


dia sangatttt baik tau!banyak dia bagi tips kat gee macam mana nak dapat lebih kawan & income dengan blog ni..thank you awa!

makin semangat nak berblog sekarang tau!hopefully boleh share lebih banyak lagi story mory dalam ni...hehe

owh!
blog link gee dah tukar...blog name pun sama!ambil mood baru kan!hehe

so sekarang link blog gee :

( mrshazeera.blogspot.com )

ingat nak buat hazeera je tapi dah ada empunya dah nama tu..so tambah je lah mrs kat depan tu..hehe..sebenarnya ada lagi nama cadangan tapi semua dah empunya..

soo welcome to the new me 'mrs hazeera'..

done for now!1st post lepas blog di make over kan..hehe...keep support me k darls!!

love,
mrs hazeera