Monday, June 26, 2017

Aidilfitri Day 2, 2017

Salam aidilfitri!!

hari ni raya ke 3 dah. sekejap je kan. tapi kita nak update pasal raya ke 2. haha. sebelum keluar beraya harini, meh nak tampal gambar buat kenangan kami sekeluarga. ni pun curi masa sementara husband tengah bersiap. japgi i ols pulak nak bersiap. haha.

love!
ni gee sambung tulis entry ni kat dalam kereta on the way pergi beraya. sempat je kan. haha.

raya ke 2 pergi rumah sedara belah suami. pastu petang ada jugak pergi rumah kawan dia. singgah mana yang sempat.



gambar pun tak banyak. bergambar dalam kereta je. haha.

si bongsu!hehe

dengan si sulong. muka dah penat sangat!
yeay!dah boleh publish post!haha

love,
gee

Sunday, June 25, 2017

Aidilfitri Day 1 2017

selamat hari raya semua bloggerss & readers!
maaf zahir & batin!

disebabkan i ols dah sayang balik kat blog & dah tak nak blog berhabuk i ols cuba untuk update sekerap yang boleh ye. best bila simpan memory kat blog, esok-esok boleh ingat balik pastu tengok gambar-gambar lama. hehe.

family portrait ( paling sempurna )
Day 1. Alhamdulillah dapat beraya dengan kedua-dua keluarga gee & mertua. pagi raya beraya kat rumah mak gee dulu..cuma tak cukup korum sebab adik lelaki giliran rumah mertua. takpe zaman canggih kan. pagi raya boleh bervideo call. haha

my family missing my brother Pa, his wife Mira & little cinonets Ariana
aktiviti pagi raya pergi beraya rumah family arwah ayah gee kat Losong. ni aktiviti wajib setiap kali raya. walaupun ayah dah takde tapi in syaa Allah kami akan kekalkan tradisi nie sampai bila-bila. 

Kakak Amani with Mak long

Anas & Ardini sibuk!kakak Amani je sempat posing.
petang balik rumah mertua. macam ni la kalau kahwin dengan orang senegeri dengan kita. haha. pagi rumah mak, petang rumah mertua. esok balik rumah mak, luse rumah mertua pulak. hahahaha.

hari ni dah raya ke 2 tapi baru update yang raya 1st. haha!

next update kita post 2nd raya pulaks!


the cousins Anas & Ardini



tak banyak gambar pun sebab sibuk dengan the kiddos. ni pun ehsan dari mummy Anas. haha!

kat rumah mertua belum ada gambar. maybe harini dapat bergambar buat kenangan dalam blog. hehe. hopefully anak-anak bagi kerjasama..hahahahaha

done 1st Aidilfitri!

love,
gee❤

Friday, June 23, 2017

jom balik kampung!

beria kan jom balik kampung. padahal kampung sejengkal je sebenarnya. rumah mak gee dalam setengah jam je..rumah mertua jauh sikit dalam 45 minit..kalau trafic lancar..hahahaa

yang penting berakhir episod packing baju!penat wes nak memikirkan baju apa nak pakai. kalau untuk diri sendiri okey lagi. bila nak fikir untuk 4 cinonets plus bapak budak tu lagi la kan. takpe yang penting episod tu dah tamat untuk raya kali ni..haha

ada yang tak masuk frame!haha
lets go!

harini balik berbuka kat rumah mertua dulu. esok balik rumah mak gee. sebab turn raya umah mak gee tahun ni. thank you husband sebab memahami so kita setuju untuk buat konsep giliran balik raya. haha

konsep giliran ni bagus sebenarnya. untuk elakkan isteri memendam rasa. kalau isteri jenis tak memendam perasaan takpe. i ols jenis sensitif tau. nak jugak merasa beraya dengan mak, adik beradik, sedara. 

korang raya mana tahun ni?

berhati-hati yang drive tu. semoga selamat sampai ke destinasi. 

love,
gee

Wednesday, June 21, 2017

Kerinduan di Pagi Raya

Sedih pulak mood pagi ni. 

satu perasaan yang tak semua orang lalui. sedih kehilangan orang yang tersayang terutamanya ibu, ayah, anak atau adik beradik. 

al fatihah untuk arwah ayah gee. 

rindu pada dia terlalu dalam! dia pergi masa gee form 4. masa tu tahun 2001. 20 September. manakan lupa tarikh itu. 

rindu..
setiap kali raya terasa dia takde. tapi gee tahu kami tak luah sesama adik beradik sebab kami terlalu rindu. biar memory tersimpan di ingatan kami adik beradik. 

semoga arwah tenang di sana. dia pergi dengan tenang walaupun gee & kakak tak sempat nak jumpa. tapi itu dah ketentuan Allah kan. mesti ada hikmah di sebaliknya.

al fatihah

Tuesday, June 20, 2017

Mary Kay : Dapat Reward Bulan Mei

Alhamdulillah..

dapat reward lagi untuk bulan Mei lepas. tu yang bestnya dalam Mary Kay. usaha kita, pencapaian kita akan diiktiraf. siap dapat hadiah best lagi tau!!

with my future sales director. thank you fsd for the gift!
untuk bulan jun kita tengok camane eh. harap-harap dapat tingkatkan prestasi..hehe..

i love mary kay!mary kay buatkan gee lebih hargai diri gee. korang pun boleh buat macam gee. boleh hubungi gee untuk penjelasan lanjut ye.

love,
gee

Monday, June 19, 2017

Persoalan Di Hari Raya

hi semua!

dah packing barang nak balik kampung?gee belum start apa pun lagi. jenuh lah nanti packing last minit. walaupun rumah dekat, malas jugak nak balik kalau ada barang tertinggal. haha!

gambar selfie takde kena mengena!haha
bila raya mesti berjumpa dengan saudara mara jauh, dekat, sepupu sepapat, biras, ipar duai, semualah yang balik beraya. kita semua takkan lari dari persoalan mereka yang sejenis mencari kesempurnaan walaupun mereka tu takde sempurna sangat pun!

(1) YANG BUJANG - kena soal siasat pasal jodoh. sejenis gurauan yang tak terasa tu takpe tau!tapi kalau sejenis gurauan yang kita rasa menyampah tu. 

laa peah, tak kahwin lagi ke?
memilih sangat sampai bila nak dapat jodoh!
sampai ke tua lah tak kahwin!

macam-macam version!kesian kat mereka yang bertanya ni. sebab free je dapat dosa buat orang terasa. dah jodoh tu kerja Allah. tak tahu ke? siapa taknak kahwin?ya Allah semoga mereka diberi hidayah untuk menjaga lidah mereka. 

(2) DAH KAHWIN, TAKDE ANAK - ni lagi satu version soalan yang gee pikir mempersoalkan kuasa Allah. kita bukan buat anak dengan uli tepung tau! kita tak tahu perancangan Dia. rezeki mereka mungkin Allah nak mereka pergi travel dulu, bermusafir kenal tempat orang. pergi Mekah, China, London. luaskan pandangan. tambah ilmu pengetahuan. kita tak tahu! 

si Leman tu kahwin tahun lepas. bini dah mengandung 5 bulan.
kau ada rancang nak dapat anak ke?
orang lain kahwin terus dapat anak, kau?

eh eh eh!gee pulak geram dengan soalan rekaanku itu. hahahaha. tapi semua tu realiti. tak baik tau! kita buat kerja kita. selebihnya biar Allah yang tentukan. kita tak payah lah nak jadi tukang tilik bila orang takde zuriat lagi ye.

(3) DAH KAHWIN, ANAK BERDERET (ITS ME!HAHA) - jangan tak tahu ada anak ramai pun kena kondem jugak. ya rabbi. ada sejenis manusia yang takkan puas mencari kesempurnaan orang lain.

ramainya anak. dah-dah lah beranak, kasi chance kat orang lain pulak.
kau ni tak reti nak rancang ke?

kenapa nak pertikaikan amanat yang Allah bagi? anak sorang disuruh tambah. anak ramai dikata tak pandai merancang. 

me with my 4 kiddos!!
(4) BEZAKAN ANAK - bila dah ada anak, orang akan bezakan anak kita dengan anak orang lain. semestinya anak kita takkan sama dengan anak orang. ada orang bercakap tanpa mengguris hati kita pasal anak-anak kita. tapi ada sesetengah yang berfikiran jauh ke depan, yang terlalu bijak akan mempersoalkan seolah-olah kita tak pandai jaga anak.

anak kau tak reti membaca ke!anak si Kiah tu surat khabar pun dah boleh baca.
laaa mengaji pun tak reti?kenapa tak ajar anak mengaji. anak Abu umur 4 tahun dah khatam.
anak Jamil masuk sekolah XYZ sebab tu dia pandai.

banyak version tau orang bertanya & bezakan anak. dia tak tahu kita mak ayah usaha macam mana nak anak berjaya dunia akhirat. jangan persoalkan seolah-olah mak ayah langsung tidak endahkan perihal anak. cubalah bercakap baik. audit diri sendiri dahulu. anak kita semua sempurna ke?anak kita semua masuk u ke?anak kita takde masalah ke?jangan buat dosa free nak bandingkan anak orang. kecik hati mak ayah budak tu.

(5)KERJAYA - ramai tau jadi interviewer musim raya ni!haha. jangan tak tahu! siapkan resume awal-awal k. hahahaha.

ada orang diberi rezeki kerjaya yang hebat dengan gaji yang besar, kereta besar, rumah selesa.

ada orang diberi rezeki kerjaya yang sederhana, hidup cukup makan, bahagia satu keluarga.

ada orang sentiasa berusaha nak dapat kerjaya tapi tak dapat-dapat. (akulah tu!hahaha)

laa tak cari kerja ke?
si Rita tu senang je dapat keje gomen.
kerja hebat, tapi duit selalu takde. tak menabung ke?
tu lah memilih sangat kerja. tu yang tak kerja sampai sekarang.

rezeki Allah itu luas. sangat luas! gee share kisah gee je senang. since berhenti kerja 2012, banyak jugak mintak kerja. situ sini apply. online. offline. dipanggil interview, tapi tak dapat. sekarang gee percaya pada rezeki Allah. ada rezeki lebih lagi Dia nak bagi sebenarnya. buat bisnes kecik-kecik, Alhamdulillah rezeki tu ada. tapi takde lah sampai untung ribu tapi rezeki tu ada. 

untuk yang bekerjaya, korang akan hadapi situasi rindu pada anak. keadaan rumah huru hara. tapi percayalah pengorbanan korang bukan sia-sia!kalau orang pertikaikan korang kerja sampai anak & suami tak terurus, lantaklah! orang tak tahu apa yang korang korbankan. let them talk!

untuk housewife like me. banyak Allah nak bagi kelebihan pada kita. orang mungkin salahkan kita menyusahkan suami. salahkan kita sebab tak sempat masak. salahkan kita anak tak pandai kat sekolah. orang tak tahu apa yang kita korbankan. orang tak tahu, kita usaha buat online bisnes, jadi dropship situ sini semata-mata nak ringankan beban suami. takpe. Allah tahu semuanya. 

******

ada banyak lagi persoalan cepu cemas yang selalu orang pertikaikan. pokok pangkalnya cara kita nak hadapinya.

senyum!tak perlu kata apa-apa. biar Allah yang tentukan. 

mereka akan berhenti bila penat. kalau tak penat jugak korang bagi je lah bom atom sekali sekala. hahahahahah.

dah tak larat nak merapu dah ni. 

semua kisah & isi entry gee takde kaitan dengan sesiapa pun. di tulis berdasarkan pengalaman hidup. juga berdasarkan drama melayu. hahahaha

dah merapu lagi!

done for now!

love,
gee

Saturday, June 17, 2017

Minggu akhir Ramadhan

sekejapnya rasa Ramadhan kali ni. mungkin terlalu sibuk menguruskan anak-anak maka terasa cepatnya waktu berlalu.

sibuk?haa...2 minggu pertama Ramadhan. sibuk ulang alik rumah mertua, rumah mak & rumah gee. cuti sekolah 2 minggu pertama ramadhan tahun ni. so nak kena divide balik rumah tok abah, rumah wan. pastu nak kena balik rumah jugak sebab ada barang nak cod kat customer. rumah dah macam apa. fuh!

keluar cod semua cinonets kena angkut..ada lagi sorang tak masuk frame!haha
minggu ke 3 puasa adalah proses membasuh, menjemur, melipat baju yang menggunung. bukan baju raya tau!baju kotor duk pi mai dari umah tok abah & tok ma, rumah wan. haha. kadang-kadang basuh je baju kotor kat rumah mak or mertua. bergantung pada keadaan. hehe.

so sekarang dah minggu ke 4 puasa. Alhamdulillah. minggu ni proses membasuh baju raya pulak disamping baju harian yang setiap hari menimbun. haha. pastu proses yang i paling 'rajin' sangat adalah proses packing baju nak balik kampung!gee tahu ramai ibu sama macam gee. pening nak pikir!sebab apa? sebab nak kena susun baju tidur, baju jalan, baju main untuk 4 cinonets tu. berejam tau!

minggu akhir puasa ni banyak jugak aktiviti cod barang mary kay, minyak kelapa dara Treenea. Alhamdulillah. pastu bahagian i nak cari tudung raya!hahahahahaha

okeh lah!

done for now k.

ada masa gee update blog lagi!

love,

mrs hazeera

Wednesday, June 7, 2017

Susah Senang Bekerja Dengan Anak

Assalamualaikum semua..

kemain kan tajuk post tu. okey gee nak share pengalaman gee seciput ni bila bekerja dengan anak-anak. since gee housewife, adalah buat bisnes kecik-kecik sambil online facebook, instagram. takde lah bisnes ribu riban, tapi boleh lah nak menampung perbelanjaan sendiri, beli aiskrim anak-anak. hahahaha!

keluar cod hangkut semua kids!
sedikit tips dari gee :

(1) ajar baby duduk dalam car seat. JANGAN tunggu anak umur setahun baru nak ajar. gee ajar dari dalam pantang lagi. sekarang kalau gee drive, si Aqil tu duk dalam car seat. kalau husband drive, Ardini yang umur 2 tahun setengah tu yang duduk dalam car seat. 

(2) Bawak kunci kereta lagi satu. in case kita nak tinggalkan anak-anak dalam kereta sekejap ke kan. takkan nak tinggal kepanasan dalam kereta. so gee guna kunci lagi satu lock je kereta. so tak payah nak matikan enjin. tapi park kereta tu biar lah kat tempat yang kita mudah tengok..walaupun kereta dah kunci tapi still tak boleh lepas pandang tau!kena sentiasa tengok okeh!

(3) Untuk ibu yang breastfeed si kecil. akan ada ketika kita perlu berhenti kereta untuk susukan mereka. bila si kecil dah menangis tahap kritikal. haha. cari tempat public yang orang lalu lalang tapi selamat untuk menyusu. standby nursing cover, kain lampin ke so nanti takdelah orang pandang 2, 3 kali kan. haha! JANGAN berhenti kat tempat sunyi, tepi jalan yang sibuk. kereta wajib kunci. tingkap pun. kang tetiba anak lain bukak tingkap kalau ada stranger datang. bahaya!

(4) Ajar anak takutkan orang asing. maksudnya di sini, sentiasa pesan jangan buka tingkap kereta, pintu kalau ada yang tak dikenali suruh mereka berbuat demikian. kena bagitau tau!

(5) Cari stesen minyak yang ada pekerja boleh isikan. kalau boleh bayar kat pekerja tu je. so kita tak payah nak turun kereta tinggalkan anak-anak. kalau anak sorang boleh di hangkut. kalau macam gee 4 orang kot. haha! so kalau dah terdesak nak kena isi minyak, cari pump station yang ada pekerja yang boleh tolong kita k.

(6) Anak lapar?ni biasa. haha. biasa gee bekal siap-siap biskut ke roti ke so takdelah diaorang bising sangat kalau kelaparan tu. sebab tu penting bawak kunci pendua. nak beli makanan sekejap pun tenang sikit. walaupun gerai tu tak sampai 10 langkah. kunci je k. 

amacam tips gee. okey tak?hehe.
banyak selfie dalam kereta!dah kerja keluar cod barang kan!

orang tak nampak tau kesusahan kita. nak layan kerenah anak ketika drive, anak bising lapar, anak nak susu, nak kencing lah. di sebabkan memang itu cara kita cari rezeki, kita serahkan pada Dia. moga Dia permudahkan urusan kita. 

gee banyak keluar cod. pergi pos kadang-kadang bonus bila husband free or ada adik datang rumah boleh lah teman pergi pos. ada waktu kita kena buat semua tu sendiri. huhu. kena fikir jalan, cari cara yang terbaik & Selamat. sebab kita bawak anak-anak so kena fikir lebih. kalau kita sorang senang pulak kerja ye.

semoga Dia sentiasa permudahkan urusan gee & kita semua. amin. 

love, 
gee

Sunday, June 4, 2017

Misi Mencari Baju Raya Anak

ayah ibu, mama papa, mummy daddy semua dah prepare ke baju raya untuk anak-anak?gee tahun ni last minit sungguh!pengajaran untuk tahun depan harap-harap tak buat macam ni dah.

sebab apa?bila semua beli last minit, duit keluar macam air wei!anak sorang ok lagi. anak empattttt...bahagian ibu lagi. hahahaha

with team boboi
macam tahun lepas, setiap kali pergi KL mesti shopping at least sepasang sorang baju baru. so baju tu gee simpan untuk pakai raya. kebetulan pulak tahun lepas kerap pergi KL. so bila masuk Ramadhan baju raya bebudak ni dah 90% settle. tinggal beli baju melayu dan baju kurung je. 

owh kenapa beli kat KL?entah!bagi kami laki bini, baju budak macam jeans, dress, gown, tshirt agak pricey kat Kuala Terengganu. 1 seluar jeans yang elok sikit quality tu range harga rm50. compare kat luar banyak je baju budak bawah 50. tak cerita lagi harga gown, skirts. mak aiii. adik yang duk KL terkejut tengok harga baju budak kat sini. haha!

khamis lepas pergi Kota Bharu. pergi aeon mall baru. rasanya tahun lepas baru bukak. best jugak sebab ada padini. kebetulan ada sale. banyak sale rm49 for 2. so okey sangat dah dengan bajet kami. yang rm 19.90 satu pun ada. yang rm9.90 pun ada tapi tak beli sebab macam tshirt biasa je. hehe. pergi sehari aje. sampai sana dalam 2 petang. solat, bukak puasa semua kat dalam tu. haha. standby jugak baju kot nak check in. tapi dah semua settle kan. so malam tu jugak gerak balik. (nak repeat pergi lagi lah!)

stroller plan untuk si bongsu. tapi dia dulu chop nak duduk!hadoi!
malam tadi settle baju kurung untuk si anak dara 2 orang tu. lagi 2 anak teruna belum settle lagi. mak & bapak pun sama. 

nasib baik encik suami rajin melayan isteri meronda-ronda cari baju raya. haha. 

dah merapu. 

nak pergi mandikan si Aqil pulak.

harini berbuka di rumah mak gee. petang semalam balik sini. rindu masakan bondaku!petang ni dia nak buat laksa!yeayyy for me!hehehehe

done for now!

love, 
gee

Friday, June 2, 2017

8 years anniversary

Alhamdulillah...

bergelar isteri kepada mr shahrul azuandi selama 8 tahun dah. sebelum tu adik angkat je. haha!okeh!tu cerita lain ye.

anniversary 30th may lepas dah, tapi apakan dayaku. entah busy sungguh. sehari satu word kot taip!hadoi!pastu pakej demam lagi. lagi la.

gambar april 2017
tapi kan. betullah apa orang cakap. walaupon dah kawin 10 tahun jangan kita ingat semua benda pasal pasangan kita dah tahu. memang tak wei! haha! so kalau korang baru kahwin or dah cukup setahun berkongsi bantal, itu baru proses pengenalan. masa zaman bercinta makan tak kenyang, mandi tak basah tu sebenarnya baru 1% daripada proses pengenalan. hahaha

cukup korum walaupun ada pelbagai aksi di situ
Alhamdulillah. hadiah terindah sepanjang 8 tahun perkahwinan dikurniakan 2 orang putera & 2 orang puteri. siapa sangka kan sekarang dah ada 4 orang zuriat. Semuanya datang dari Dia. Semoga mereka sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin.


dalam 8 tahun ni banyak dugaan, cabaran, kesusahan, kesenangan yang kami alami. gaduh, baik. bini tak masak, suami rela hati makan nasi lauk telur ngan kicap. haha!

terima kasih suami. sebab sentiasa memahami isteri yang kadang-kadang sangat lah macam-macam. terima kasih sudi melayan kerenah anak-anak ketika isteri shopping, baring tertidur sebab terlalu penat. ketika isteri pergi event & skincare Mary Kay. haha!

terima kasih untuk semuanya.

love, 
gee