Wednesday, July 26, 2017

rindu zaman bekerja

sekarang jam dah 1 pagi tapi mood update blog tetiba datang. sebab apa?sebab tetiba rasa rindu zaman bekerjaya tu datang. so aku cuba luahkan rasa dalam ni. ceewahh!

last aku bekerja office feb 2012. lepas tu ada jadi guru ganti yang 2 ke 3 bulan ganti cikgu bersalin. lepas berhenti kerja tahun 2012, aku ada cuba apply kerja kosong lain. tapi yang dapat setakat panggil inteview aje. tak tahu lah rezeki aku nak dapat kerja best macam susah sangat!tapi sekarang aku dah nampak hikmahnya. Allah nak bagi aku rezeki yang lebih lagi. masa aku berhenti kerja, Arsyad & Amani dah ada. so hikmahnya sekarang aku dapat lagi sepasang Ardini & Aqil. bila fikir balik aku ada 2 pasang anak, aku jadi positif balik. rasa bersyukur!

tapi mood nak masuk kerja balik tu selalu datang tau!tapi bila fikirkan anak-anak, mood tu terkubur macam tu je. aish!orang bekerja nak jadi housewife, bila dah jadi housewife mintak kerja kosong pulak!hehe..

lalalalalala...

kalau aku kerja, anak-anak semua kena cari tempat pengasuh. kalau dapat pembantu rumah macam senang jugak. boleh tolong kemas rumah sekali kan!kos nak hantar pengasuh pulak berbaloi ke dengan gaji aku nanti?bila arsyad & amani balik sekolah siapa pulak nak ambil?ardini & aqil ni aku sanggup ke nak tinggal kat pengasuh?

ya Allah kuatnya ibu-ibu yang bekerja. jiwa kental sungguh!aku tak pasti dapat kental seperti mereka. tapi kalau kerja & gaji macam okey dapat jugak ringankan beban suami kan!

me with my no 2, Nur Amani
semuanya aku serahkan pada Dia. aku tahu Dia ada sesuatu yang terbaik untuk aku. mungkin orang lain tak nampak apa yang aku buat sekarang. apa yang aku korbankan sekarang. tapi aku tahu Dia tahu segalanya. semoga hari esok aku lebih baik pada hari ini. 

love,
gee

Sunday, July 23, 2017

Pot luck jamuan raya

malam sabtu lepas kat taman rumah aku duduk ni ada buat jamuan raya. seperti tahun lepas, suasana meriah gila!terkejut aku sampai sebab tengok ramainya orang. ada mak cik, pak cik, orang muda, budak-budak. aish hari-hari biasa sunyi sepi je taman ni. entah dari mana datangnya ramai pulak orang tinggal kat sini rupanya. haha!


nampak tu?puding dadih + jeli menu potluck dari aku..haha..asben tanya nak gorengkan mee ke, nak masak mee kari ke..aish aku ni kalau nak masak no hal!resipi berlambak kat google kan. tapi masalah problem hakiki yang tak dapat nak elak adalah anak-anak kecilku yang dua tu. yang besar 2 orang tu okay lagi. yang kecik tu kan sekejap nak susu, nak mandi..so decide buat menu yang simple, mudah, cepat!haha!

antara menu yang ada & paling ditunggu adalah kambing golek ( i tak minat yang ni ). lagi ada ayam bakar, sate ikan, mee goreng, nasi goreng, lontong, kerabu megi, kek, biskut raya, kuih muih dan banyakkkkk lagi..aku pun tak makan semua tu sebab kenyang gila kot nak hadap semua!haha

resipi puding dadih tu senang je korang!beli paket dadih kat pasaraya. follow je resipi kat belakang plastik tu. korang kena beli susu cair je..pastu toping atas tu aku buh jeli. tu pun beli paket kat pasaraya. hehe..nak sedap lagi buh buah koktail ke, laici ke. tapi aku guna apa yang ada kat dapur je..hehe

dah nanti ada masa aku buat lagi & share skali gambar bahan-bahan dia eh.

done for now!

daaaa...

Wednesday, July 19, 2017

seronok sebenarnya tulis blog

kan!aku suka suruh orang buat blog!best la sebab dapat duit dari nuffnang, best join segmen, best join contest, best dapat kawan blogger baru, best itu, best ini.. 

pada aku yang paling best tulis blog, bagi aku kepuasan maximum bila dapat post 1 entry. cuba bayangkan kalau dapat buat banyak entry, rasa macam best giler kan. kepuasan yang amat. 

kadang aku terfikir kenapalah zaman bujang dulu aku tak kenal dengan dunia blog ni. mesti lagi banyak benda aku boleh share & simpan. komitmen zaman bujang pun berbeza compare dengan komitmen ibu anak 4. hahahahahaha

gambar outing semalam
tapi tak semua orang suka share memory dalam facebook, instagram apatah lagi membebel di blog. aku sejenis yang suka tulis diary suatu ketika dahulu. haha. so blog sangat sesuai kot jadi tempat luahan rasa ( sikit ), tempat share memory, story. boleh la anak-anak baca apa kisah ibu dia share dalam blog ni. kalau tulis dalam buku paham-paham aje lah..haha!

semoga makin bertambah kawan aku dalam dunia blog ni..thank you korang sudi baca & tinggalkan komen!


Saturday, July 15, 2017

Bila Perempuan Bawak Kereta Masuk Car Wash

harini bawak Cik Va masuk spa. dah lama tak dibelai. macam-macam makhluk asing ada. fuh!alasan : anak kecik ramai. boleh?hahahaha

dalam proses keluarkan bendasing dari dalam Cik Va. hahaha
biasa dah pergi mesin car wash ni. tapi untuk vacum ni baru kali ke 2. biasanya lepas amik anak-anak sekolah aku masuk mesin basuh luar je. Arsyad & Amani suka sangat. cuma si bongsu Aqil tu takut-takut sikit bila masuk mesin. kali ni aku pergi dengan adik aku, Ardini & Aqil je. sementara tunggu budak-budak tu balik sekolah.

with my sista. si Aqil tu membuta dari awal sampai ke sudah.
kisahnya. pekerja car wash tu la. tak tahu lah bangladesh kah, nepal kah. tapi cakap melayu berbelit sungguh!yang sorang tu panggil sebab nak promote polish depan kereta. tak lama lepas tu ada sorang panggil nak promote polish cermin kereta pulak. speaking melayu dah lah berbelit. yang aku betul-betul faham polish kereta rm150. polish cermin kereta rm40.

memang tak la. memang sah lah encik shuben yang setelkan bab kereta ni. setakat bawak pergi basuh boleh lah kan. semua offer aku geleng kepala. aku bagitau nak bayar 9 hengget je. tak nak buat polish taknak buat benda lain. risau jugak aku kot diaorang paham lain naya aku kena bayar semua. hahahah

sesekali kan Aqil..ibu geram!

kakak Ardini pun sibuk nak jugak!

ralit tengok mesin basuh kereta

muka dah naik bosan menunggu!
ada pakcik sebelah bagitau siap-siap abaikan pekerja nepal tu..pakcik tu takde pulak diaorang offer macam-macam. haih!

diaorang bersihkan kereta aku puas hati. semua diaorang lap. al maklum lah kereta jarang masuk spa kan. macam-macam bendasing ada dalam kereta. fuh!

done share kisah basuh kereta. haha.

mohon diri ini rajin update blog!
owh my blog!
next sis update lagi wokeh!

love,
gee

Saturday, July 8, 2017

Amani dah pandai selfie!

wah!wah!wah!
tengok gambar ni..




entah bila dia selfie. tengok phone, eh!banyak jugak gambar selfie budak nih. tu antara yang terbaik ibu pilih. haha

kakak oh kakak!

amani oh amani!

love u kakak amani!

love,
ibu

Wednesday, July 5, 2017

Penat!

tak tahu kenapa minggu ni badan sangat penat!pantang jumpa bantal mesti nak kroohhhhh..

pastu sangat penat nak buat housecores!bulan puasa haritu memang tak larat so rumah bersih ala kadar je. ni nak kena mop & buang segala habuk-habuk, menyental toilet, dapur, semualah!

pastu lagi penat bila anak-anak tak terjaga. yang abang nak kena tumpu hal sekolah. yang kakak pun sama. kesian tengok duk buat hal sendiri je. si Ardini my number 3 tu nak kena bagi perhatian jugak. baru nak masuk 3 tahun. lagi lah kan. tengah nak membesar. pastu yang bongsu Aqil pulak lain macam pulak perhatian dia. dia nak kita ada sebelah je. kalau tak nampak mula lah mencari. hadoi. penat!

bila nak memasak?nak melipat kain?

nak cari duit lagi. berniaga online nak kena hadap phone. tak hadap phone, duit mana nak datang. jangan ingat i ols habiskan harta laki i ols. penat tau hadap phone update bisnes kecik i ols ni. pastu pergi cod sana sini. anak-anak lagi kena ketepikan sekejap sebab nak reply whatsapp customer. 

dah merapu pagi ni!

kesian kat abang arsyad. sebab ibu kurang bagi perhatian kat abang. pensel warna sekejap je habis sebab hilang. tinggal beberapa batang aje. geram jugak tengok!tapi mungkin abang tak tahu lagi macam mana nak simpan barang & jaga dengan betul. nanti ibu beli baru. harap bertahan lama pensel warna tu. kalau habis sebab guna takde pun ibu nak kisah. ni hilang tak tau ke mana. 

kakak okey je pagi ni. Alhamdulillah.

terasa diri ni tak dapat jadi ibu terbaik. sedih!

ibu sayang abang arsyad!
love,
supermom Ibu!

Tuesday, July 4, 2017

Segmen Pencarian Bloglist Julai 2017 kasihjuju.com

Assalamualaikum semua..

jom join segmen pencarian bloglist dari blogger kasihjuju.com.

senang & simple je caranya. 

klik banner untuk join k!


love,
gee