Friday, August 25, 2017

dah tukar ke blog baru!!my own domain!

Assalamualaikum semua!

selamat pagi!!

harini sangat bermakna!!finally finally finally dah ada domain sendiri!yeayyy!thank you pada yang memberi semangat untuk tukar domain!feel dia lain macam sungguh kan?haha




WELCOME TO MY NEW BLOG!


so kat blog baru ni semua baru!!harap korang semua support gee okeh!

nanti dalam perancangan nak buat giveaway sempena domain baru!hehe..

check it out okeh!

thank you semua!

love,
gee


Wednesday, August 16, 2017

topik best nak update kat blog

Assalamualaikum & selamat pagi sahabat alam maya semua. nampak tu post title?soalan ke ayat penyata tu?hahahaha. 

nak buat entry kat blog pecah kepala duk pikir bila takde idea. dulu awal-awal buat blog macam ketandusan idea jugak. salah satu sebab rasanya kurang ilmu pasal blogging. sekarang baru nak gali ilmu. duk google macam-macam.

bestnya ada blog sebab blog bagi gee ruang untuk jadi diri sendiri. suka sangat bila dapat share & tulis entry.

gee suka update post pasal family, anak-anak. sebab nak simpan memory. sekarang dah tak macam dulu bila pergi bercuti ke ada majlis ke mesti ambil gambar pastu cuci, simpan dalam album. sekarang bila dah terlalu banyak gambar nak di ambil jadi malas pulak nak cuci. hadoi!so kalau simpan sedikit memory dalam blog maka sampai bila-bila boleh baca & tengok. selagi tak delete post kan. hehe.


makan!makan!makan!sekarang banyak duk viral pasal tempat makan best!maka gee pun suka update pasal tempat makan best mostly kat Terengganu lah. sebab tuan tanah orang ganu kite. hihi. sekarang dah trend sebelum makan, ambil gambar makanan dulu. kihkihkih. its me sometimes!kalau anak-anak semua duk diam sempat lah selfie jap dengan menu. hahahha. kadang-kadang encik suami jadi mangsa!korang pun sama kannnn...haha!


me & friends!ni antara sweet moments yang gee suka sangat update!tapi kadang-kadang tak sempat!gee kan housewife. bila dapat jumpa kawan lama rasa macam wowww gila!semua beban penat strress hilang!haha.


so korang suka update pasal apa?


Sunday, August 13, 2017

2nd Visit Klinik 1 Malaysia

pagi ni my number 2 tak berapa sihat. dari semalam lagi dia dah bagitau sakit tekak. pagi tadi macam suam-suam je badan dia. ubat memang takde stok sebab budak-budak ni jarang demam. sisa ubat biasa aku buang je. 

so call incik suami ajak pergi klinik. nak kena amek ubat sebelum larat demam batuk Amani. kalau berjangkit ngan yang lain lagi parah!nasib baik incik suami free. boleh kidnap jap pergi klinik. since aku ada lagi extra 2 si kecik maka nak pergi klinik sengsorang with 3 kiddos agak mencabar kot!melainkan memang takde pilihan lain dah, memang takde helper. so nak tak nak kena pergi jugak lah kan.

sempat selfie dengan budak demam!
1st visit masa cuti sekolah bulan Mei or Jun baru ni. si sulong Arsyad & Amani jugak yang demam. so masa 1st visit rasa macam okey jugak klinik 1 Malaysia ni. yang check pun doktor. orang pun takdelah meriah macam klinik kesihatan.

tadi nurse tanya parents kerja gomen tak?so memang tak ler. dia suruh bayar seringgit. hehe

1 klinik dengar suara budak ni!hadoi!
doctor bagitau amani demam tinggi sikit. suhu 38. batuk kahak. nafas agak laju. kalau 3 hari still lagi demam kena datang balik klinik.

Alhamdulillah Amani aktif je. harap-harap esok dah sihat. so boleh pergi sekolah macam biasa.

bulan ni nampaknya tak dapat full attendance. nak buat macam mana kan. tak sihat. cuma tak dapat lah hadiah dari teacher dia nanti. sebagai reward full attendance. hehe.

doakan Amani cepat sihat ye aunties!

Saturday, August 12, 2017

bestnya ada domain sendiri

hi semua!

ni nak tanya pendapat korang ni..best tak ada domain sendiri?dah lama mengidam. nampak best sebab more exclusive gitu. tapi aku rasa bila ada domain sendiri feel untuk update blog mesti lain macam kan?macam beza nak masuk rumah sewa dan nak masuk rumah sendiri. ( ada kaitan ke?) hahahaha.


so kalau nak ada domain sendiri mesti nak fikir nama yang best kan?pastu kalau nama kita dah ada orang, nak kena fikir nama lain. makanya nak kena list at least 10 nama domain. haha!

okey fikir je lah dulu nama apa nak buh!eh ye ye je macam nak buat web sendiri. haha. takpe. manatau ada rezeki kan. 

Thursday, August 10, 2017

yeay!jiwa dah tenang!

Alhamdulillah..memang betul lah. terapi terbaik untuk jiwa tenang balik kampung jumpa mereka yang tersayang. hilang segala kesulitan, kekusutan. 

cuaca harini pulak best!tadi hujan. mendung. redup je. Allah pun bantu aku untuk mencari ketenangan.

hijau kan?sejuk mata memandang..
petang ni or esok dah kena balik rumah. sebab lusa anak-anak sekolah. sambung routine yang sama. bangun pagi setelkan anak-anak sekolah, prepare lunch ( kadang-kadang mood malas menjelma jugak ), keluar cod ( i like! ) dan routine yang lain. kang kalau aku list nak kena tukar pulak tajuk post tu. kuang kuang kuang!

so untuk yang serabut kepala kat office atau housewife (like me) yang stress depress, silalah amek ruang dan waktu cari ketenangan. keluar dari rutin biasa. yang ada bajet lebih pergilah bercuti. dekat-dekat pun takpe. ala check in hotel sebelah opis pun boleh. tak pun kalau rumah mak dekat, balik je kejap jumpa orang tua, adik beradik. in syaa Allah akan dapat ketenangan yang dicari.

lagi mudah bukak quran. spend masa baca quran, luahkan apa yang terbuku. owh!baru aku ingat!aku jiwa kacau ke sebab aku tak leh semayang?haaaa...syaitonnn jahat sungguh!!patutlaaaa...

apa pun aku dah dapat ketenangan aku. lumrah kehidupan kan. kadang kita gembira. kadang sedih. kadang nak marah. kadang nak bermanja. 

hari esok?

semoga baik-baik sahaja untuk kita semua. 

love,
gee

lari jauh mencari ketenangan

bila emosi tak stabil korang pernah tak rasa nak lari jauh dari semua orang!in my situation anak-anak kena bawaklah sebab mereka kunci ketenangan aku. haha!

entah kenapa dua tiga hari ni berserabut je kepala otak!i dont know if my husband read my blog or not but hakikatnya itu yang aku rasa. semua tak kena. kesian anak-anak aku endah tak endah je. aku tak tahu kenapa!

so petang ni aku pack baju semua bawak balik rumah mak. hopefully aku jumpa ketenangan kat sana. kalau aku kaya dah lama aku booked chalet kat Redang ke, Perhentian ke, Kapas pun okey jugak..haha!

btw harini kakak Amani ada photoshoot kat pra sekolah..cantik cikgu dia make up kan!thank you!

Nur Amani..Cahaya Ketenanganku
baju sekolah anak-anak nak kena setel dulu. ni sementara tunggu baju siap mesin, update luahan hati dulu. haha!setel semua lets go go go!dekat je pun rumah mak..30 minit pun tak sampai kalau jalan clear!haha

sampai sini dulu. next kita update lagi k!

Tuesday, August 8, 2017

Jaga Perilaku Anak Bermain

Assalamualaikum semua!

nie aku nak share kisah semalam masa aku & adik aku pergi servis Cik Va kat Perodua.

Kids Corner
bila dah masuk rasa sangat selesa. tempat duduk yang empuk, ada kids corner, mini cafe. so kalau nak menunggu untuk 2 jam rasanya okey je.

Ardini excited main kat kids corner tu. tetiba ada kawan nampak sebaya dengan Ardini. so ibu likes yeay!Ada kawan lah!okey je Ardini main dengan budak perempuan tu. sesekali aku dengar suara lelaki panggil budak tu. so andaian aku dia datang ngan ayah dia lah tu.

pastu datang lagi sorang budak lelaki. umur macam 4 tahun. tapi Ya Allah..semua toys dia nak kaut!aku tahu tu normal so aku macam mula-mula tu boleh lagi la cool down.

semua yang Ardini pegang, dia nak rampas. semua!yang aku kisahkan mak dia or penjaga dia tu tak heran langsung!owh!dua tiga kali tau Ardini nangis sebab kena kacau main. setiap kali anak dia datang rampas kat Ardini, setiap kali tu Ardini mengalah pastu nangis.

sampai satu tahap adik aku dah naik bengang ngan mak budak tu. adik aku sound direct je. masa dia sound aku perasan semua mata tengok kat mak budak tu. rupanya masa aku keluar pergi menyusu si Aqil, budak tu dah cari pasal dengan budak lain. ya Rabbi.

orang pelik sebab mak budak tu buat tak tahu je. sayang sebab orang cantik, vogue the vasss, make up cun melecun!tapi bila anak buat hal dia buat tak tahu je!letih la tengok..

cuba lah bangun cakap kat anak tu jangan rebut, kongsi main..ni tidak..tu yang aku geram!aishhh!

aku doakan supaya mak budak tu sempat bagi didikan yang baik untuk anak dia. ajar anak berkongsi. ajar anak berkawan dengan cara yang betul. amin..

Monday, August 7, 2017

Nak Pergi Holiday!

alangkah seronoknya dapat pergi pulau!ye aku orang Terengganu & stay kat Terengganu. tapi entah mengapa macam susah je nak pergi. biasalah kan kalau dah dekat macam-macam halangan pulak menjelma. padahal dalam negeri sendiri aje. jimat dah bajet perjalanan..haha

Pulau Kapas
Credit Picture : Google
semangat tau aku google!bestnya dapat duduk tepi pantai yang bersih & selamat untuk anak-anak bermain. aku tak minat nak mandi pantai sebab air masin kan. aku cuma nak melepak atas pasir yang putih bersih gebu gebas tu. best kan?


Resort di Pulau Perhentian
pergi pulau wajib check in at least 1 night. sebab nak feel mood malam di pulau. bukak pintu chalet nampak pantai. perghh tenangnya jiwa kan!

pernah sekali pergi Pulau Perhentian. 3 hari 2 malam. bestnyaaa. tak puas tau pergi!kalau boleh nak stay seminggu. tapi siapa pulak nak bayar bil resort kan?haha!

banyak dah aku google gambar pulau ni!haha!mengidam punya pasal tengok gambar pun jadi lah ye. 

bestnya kalau dapat penginapan free duduk pulau. 3 hari 2 malam. bawak semua anak-anak lagi best! mesti diaorang enjoy main pasir. sakan la..haha..

Doa banyak-banyak ada rezeki pergi pulau lagi!haha!

Friday, August 4, 2017

Segmen Bloglist 2.0 by Cik Miela


hi korang!jom memeriahkan segmen bloglist rakan blogger kita cik melia..

klik banner untuk join!

Nasi Dagang Viral

Assalamualaikum semua!Good Morning!sarapan apa pagi ni?

pagi ni aku nak share untuk korang yang suka cari tempat makan viral yang superb!

Lokasi : Kg Atas Tol, Kuala Terengganu 
Hari beroperasi : setiap hari kecuali Isnin

with my sister!
korang boleh google nasi dagang tepi kubur kg atas tol. pernah viral di facebook. memang ramai giler orang tapi servis cepat je. setiap kali aku pergi mesti beratur panjang sampai ke tepi jalan. tapi tak lama pun. cepat je. viralnya sebab nasi dagang dia sedap!aku yang bukan penggemar nasi dagang pun jatuh cinta. kuah nasi dagang dia pekat & sedappp! kena dengan selera kami. hehe

lagi kat situ korang kena try teh peng buih ombak rindu. nah nama dia memang gitu ye. bukan aku pandai-pandai tambah. haha!

nasi dagang di hidang atas daun pisang
teh peng buih ombak rindu
teh peng buih ni ada 2 size masa aku pergi tu..ada medium & besar..medium rm 3, besar rm 5. so kalau amek besar boleh dah share 2 orang. lagi jimat kan. air lain pun ada dijual. cuma teh peng ni menu special diaorang. haha.



sistem dia self service. korang beratur amek nak berapa pinggan nasi dagang, nasi lemak pastu bawak talam ke meja..nanti kat meja akan ada pekerja kedai datang ambil order air & kalau nak bungkus, bagitau siap-siap..sebabnya nanti kalau dah nak balik baru bagitau takut habis..melopong orang kat rumah tu nanti..haha

teh peng wajib order kalau pergi!


so korang kalau datang kuala terengganu jangan lupa singgah breakfast sini tau!nak ajak aku sekali pon boleh. roger je. hehe!

Tuesday, August 1, 2017

Pencarian Bloglist OGOS 2017


jom sama-sama memeriahkan segmen pencarian bloglist rakan blogger kita..

click banner untuk join ye!

tarikh tutup 7 Ogos 2017