Tuesday, February 28, 2017

Pengorbanan demi Kebahagiaan

tak semua orang nampak apa yang kita korbankan..

tak semua orang paham apa yang kita lepaskan..

demi kebahagian bersama, kita sanggup mengalah..kita sanggup kehilangan...walaupun perit..mengharapkan itu yang terbaik..mengharapkan ada yang berterima kasih..

namun mereka buat tak endah sahaja..seolah-olah kita ini tunggul..seolah-olah perasaan itu sudah mati...kenapa?sebab mereka tak paham dan takkan tahu apa yang kita rasa..

usaha..tawakal...doa...berserah...

demiMu aku melepaskan semuanya..untuk sesuatu yang tak pasti...

Friday, February 17, 2017

Quote of the day


Assalamualaikum & salam semua...😘😘

dapat inspiration bagi quote ni :

PEOPLE KEEP TALKING & ME JUST DO IT!

inspiration from my daily routine..haha!

dalam pada kita tak sedar, someone talk about us!kita tak tahu story apa yang menarik pasal kita yang orang bualkan..kita takkan tahu!its lumrah kehidupan!people will keep talking about us!tak kisah kita dah buat 1001 kebaikan then tetiba kita buat 1 kesalahan..orang akan judge kita seperti kita seorang yang sempurna!

apa yang penting!just do what you love to do!

love,
hazirah

Tuesday, February 14, 2017

Welcome to Mary Kay!


salam u ols!

finally, i make the decisions!(sorry english tak power, tapi nk tulis english) haha!

haritu bila test produk mary kay, i ols dah tangkap cintan dengan krim dia, bedak, lipstik..best u ols pakai sebab rasa sangat ringan..selesa nak keluar jenjalan..

so i ols decide nak sign up member lah!

there are some reasons why i sign up with mary kay :

1 ) good product! 
2 ) affordable 
3 ) long lasting
4 ) inspiration 
5 ) dapat buat duit jugak!
6 ) more me time!

next update will story mory more and more about Mary Kay...harap ada yang sudi baca..hahaha

Sunday, February 12, 2017

Teknik Urutan Muka

korang selalu buat urutan muka tak?khamis lepas aku ada belajar cara nak bersihkan muka dengan betul..ada cara dan teknik rupanya..so aku amal buat teknik yang di ajar tu..harini ni dah 4 hari aku cuci muka dengan cara yang betul..mesti korang nak tahu kan apa hasilnya..hehe..nie bukan sindiket menipu untuk lariskan barang jualan ye..sebab aku belom start dengan Mary Kay lagi..cuma aku apply ilmu yang aku dapat dari beauty consultant mary kay khamis lepas..

aku share the results yang bagi aku sangat positif..kulit muka aku rasa lembut, anjal, rasa best!sebelom nie tak rasa macam ni tau lepas cuci muka...sekarang bila guna teknik yang betul, nampak lah kesan dia..

nak tahu caranya?whatsapp je k..
0139219135

yang penting korang cuci muka dengan jari jemari je tau!lembut je gosok..tak boleh nak sental kuat-kuat..


gambar kredit to google

aku masih dalam pertimbangan sebenarnya nak sign up with Mary Kay...tapi aku memang dah fall in love dengan cream muka, bedak & lipstik Mary kay..aishhh...moga tidur malam ni dapat petunjuk..hehe..manalah tau mimpi drive pink car yang Mary Kay sponsor tu ke..mana tau kan..haha

so itu jelah bebelan malam ni..
goodnight!

Saturday, February 11, 2017

Sutera Terengganu New Design Hot!

korang kena tengok design baru ni!!

tuan tanah pun goyah tengok!haha


kalini banyak jugak designer buat design abstract + corak motif bunga..


material kain sutera nie crepe..tahan kedut..sejuk je pakai..bukan jenis sutera yang belum pakai, kedut dah seribu tu..haha..


warna semua canteq!!untuk korang yang suka pastel colours pon ada...nak warna gelap, cerah, terang..semua ada..cumanya kena cepat booked..sebab setiap design limited to 1 pieces only!


setiap design exclusively dilukis tangan..walaupun nampak sama tapi bila di teliti, banyak bezanya..


design kami letak batu kat bahagian depan baju & lengan..but dont worry!senang je nak handle kalau nak cuci & iron..


ada banyak lagi design & warna!

fast response whatsapp 013 9219135

nanti kita bagi special discount!hehe

korang boleh jenguk jugak kat 
instagram : @suteranur 
atau 
facebook : Sutera Nur


Friday, February 10, 2017

Batik Caftan Blouse

lama tak update online bisnesku kat blog!selalu alasan tak sempat!haha..

okeh!

new arrival in our online store Sutera Nur!Caftan Blouse Batik..soo canteq!exclusively hand design tau!limited 1 pieces for each design..


kita up gambar yang dah sold!

owh!size dia FREE SIZE..kat bahagian dalam ada tali..boleh adjust ikot size badan..boleh fit to xxl..

more pictures and design do follow our Instagram : @suteranur or our facebook page : Sutera Nur

nak whatsapp terus pun boleh!
013 9219135

nanti kita update kalau nak join dropship pulak!

Thursday, February 9, 2017

My First Experience with Mary Kay

pagi tadi aku ada personal skin care class dengan beauty consultant Mary Kay..merangkap kawan sekolah menengah dulu..nama manja dia Joja..siap buat make over lagi tau!siapa tak nak kan?

pernah jugak aku google pasal Mary Kay...macam best tengok yang dah achieve something dalam Mary Kay..masyukk jugak lah kalau kau rajin, tebal muka..standard lah, kalau usaha lebih, kau dapat lebih..hehe

so aku memang dah lama nak suruh Joja explain pasal Mary Kay..sebab dia ada buat skin care class sekali...dia ajar macam mana nak cuci muka dengan betul, bila perlu pakai mask, kenapa kena pakai itu ini...yang bestnya, aku boleh try semua produk yang dia bawak tu percuma!best kan!

the result, aku suka dengan cara dia ajar aku..so nampak lah keberkesanan produk tu...hehe

nah aku belanja muka selfie lepas simple make up tadi..


aku jenis suka yang simple je..ni pun anak-anak dah tegur tadi..haha..nampak sangat sebelom ni muka tak terurus kan!hoho

next update kita story lagi eh pasal Mary Kay!
sebab nak bersiap nak balik rumah mertua..biasalah hujung minggu..balik rumah mertua, rumah mak aku..nie lah kelebihan duduk dekat dengan family kan?boleh lah diaorang lepas rindu kat cucu-cucu..hehe...


Tuesday, February 7, 2017

Minyak Kelapa Dara Naikkan HB Ibu Mengandung

siapa ada pengalaman mengandung dengan hb yang rendah?

aku salah seorangnya tau!hb rendah sebab talasemia..talasemia nie doktor detact masa aku pregnant anak ke 2..doktor pelik kenapa hb aku tak naik sedangkan ubat semua aku makan, makanan tambah zat besi pon sama..so dia ambil sampel darah untuk check..bila keluar result so terjawab lah kenapa hb aku low..eh!post ni bukan nak story pasal talasemia..hehe..

okeh!aku kenal minyak kelapa dara ni masa anak ke 2 aku Amani kena eczema..masa tu aku beli untuk sapu kat muka dia..Alhamdulillah sembuh..cumanya proses dia agak perlahan compare dengan krim yang aku beli kat farmasi..soooo lega!anak perempuan lagi lah kan!eczema masa tu penoh kat pipi..kesian tengok!



bila aku pregnant ke 3 si bulat Ardini, aku pun amal makan minyak kelapa dara...sebenarnya boleh makan dari awal mengandung lagi..tapi disebabkan alahan aku agak teruk, so ubat memang tak mampu nak telan..padahal minyak kelapa dara boleh kurangkan alahan jugak..aku start makan dari usia kandungan aku 5 bulan..hb aku berbeza tau!kalau tertinggal makan vco, check up hb mesti result low..kalau konsisten makan vco, hb cantik je naik..misi pun tanya..sebab talasemia so problem hb low..bila tengok hb aku naik, diaorang pun tanya apa petua dia..haha!

kesan minyak kelapa dara pada baby, Ardini takde kuning langsung!misi pun hairan..sebab kalau ibu darah o, risiko baby kuning tinggi..Alhamdulillah..Ardini tak pernah amek darah kat hujung kaki untuk check jaundis..

pregnancy aku ke 4 pun sama..aku amalkan vco sahaja..kali ni aku tak makan pun pil klinik..ada sebab tau aku tak makan!kisahnya, habis je alahan aku yang sangat sangat teruk, aku makan pil yg klinik kesihatan bagi tu..masa tu stok vco ( minyak kelapa dara ) habis..so sebulan aku makan pil klinik sahaja..bila check up, hb turun!sorry bukan buat drama ke nak jual barang ke nak burukkan ke..maybe tak sesuai dengan aku..so aku terus stop!aku order vco..aku try makan vco sebulan tanpa ubat lain..bila check up, hb naik!so aku ambil keputusan & risiko untuk makan vco je sepanjang aku mengandung ke 4..Alhamdulillah, for the first time aku merasa nikmatnya tak kena jahit!haha..syukur..



ni testimonial hq share..pun sama macam aku sangat membantu naikkan hb..

jom ikhtiar & usaha untuk naikkan hb!

boleh whatsapp 013 9219135 untuk details



Monday, February 6, 2017

5 Cara Housewife Hilangkan Stress

sedikit perkongsian daripada pengalaman sendiri. kenapa housewife stress?jangan tak tahu, 24hours doing the same routine everyday, feel like 'oooo yeahhh!awesome!!'

bahaya tau kalau isteri-isteri yang tak bekerja nie stress..ia cenderung kepada sakit meroyan..banyak kes dera anak, bunuh diri, bersosial dengan bukan muhrim..salah satu punca stress!

so meh nak share cara untuk kurangkan stress..kalau ada suami baca post aku nie lagi bagos!haha

1 ) BACA QURAN - antara terapi terbaik..cumanya biasalah bila kita nak dekat dengan al quran ni, mula lah syaiton main bisik-bisik..kemas dapur lah..mandikan anak lah..lipat baju lah..nampak tak?korang biarkan je semua tu dulu!nanti buatlah. lepas maghrib, baca quran sekejap..kau akan rasa sedikit tenang walaupon sinki penuh pinggan tak cuci, walaupon baju tak berlipat dah menggunung..

2 ) BLOGGING / FACEBOOOK / INSTAGRAM DLL - antara  hobi yang paling ramai suka sangat kan! pada aku blogging boleh hilang stress..kalau kau post pasal holiday, kau akan lupa stress kau. kalau kau layan fb, ig pun sama..layan gambar anak retis yang comey lote tu kan!owh!aku pon suka!haha..

3 ) OUTING - tak semestinya nak keluar negeri, booked hotel semua. cukup sekadar keluar beli barang dapur, bawak the kiddos main playground. tapi ada jenis suami yang prefer anak bini terperap kat rumah..bagi dia malas nak stress dengan anak-anak yang aktif..hoi!anak tu anak siapa ntah!dah kalau malas nak layan perangai anak, kau rase siapa nak layan anak kau?emosi pulaks!point aku kat sini, bawak keluar anak bini dari rumah..sesekali tak salah pun..layan anak-anak main..

4 ) CUCI TANDAS / LANTAI RUMAH - salah satu cara aku hilangkan stress!haha. masuk toilet, kau sental, cuci satu toilet tu. comfirm kau tenang tengok resultnya! aku suka buat ni tanpa gangguan! time anak tido ke, abang n kakak pergi sekolah ke..tak pun bila husband balik kerja petang tu..aku serah anak-anak kasi dia settle. aku buat kerja aku menyental toilet!best woo!

5 ) SHOPPING - naluri perempuan memang tak lari dari suka membeli..sila pasrah ye encik suami! untuk housewife macam aku. walaupon kami tak bekerja, kami pun nak pakai baju baru..tudung baru..handbag baru..sesekali dapat beli handbag baru, energy tu seperti wow!dah takde dah low battery!terus semangat!ewahh!


banyak cara sebenarnya nak hilangkan stress..bergantung pada kita nak atasinya..tatap muka anak sedang tidur pun boleh hilang stress..kan?



Friday, February 3, 2017

coming soon! homemade scrub!

coming soon!

sample homemade scrub!

introducing our own products in syaa Allah...doakan yang baik-baik je untuk kita semua..

semua masih di peringkat awal..banyak lagi proses nak buat..bukan senang nak jadi senang kan..

ni bukan timbang kilo or packaging dari tanah seberang tau!homemade punya!kami akan packaging sendiri..branding pon masih dalam perbincangan..haha


sedikit maklumat produk homemade scrub kami:

* buatan muslim, 100% halal

* masih dalam proses kelulusan KKM

* Harga mampu milik dengan kualiti yang terbaik

* menggunakan bahan-bahan semulajadi

nanti tunggu update lagi eh untuk next level in syaa Allah.. 😍😍

Wednesday, February 1, 2017

Me and Al Quran


Sehari kita tinggalkan al quran, 7 hari al quran meninggalkan kita.. 

Tadi sembang-sembang dengan adik beradik.. Mak sedara.. Pak sedara...antara topik menarik yang membuatkan kami tertarik adalah berkenaan al quran.. 

Bila kali terakhir kita baca al quran?kenapa tak boleh nak luang masa baca walaupon 1 muka surat? Persoalan untuk diri sendiri jugak sebenarnya. 

Sebenarnya bila dah lama kita tak baca al quran, kalau korang perasan, bacaan kita yang dahulunya lancar akan menjadi gagap.  Walaupon pernah khatam quran masa darjah 6 dulu,  kalau dah 10 tahun kita tinggalkan al quran, bila baca balik, dah tak macam orang yang dah khatam..pelik tapi benar! 

Tak cakap orang lain pun.. Aku dulu zaman belajar rajin jugak baca al quran.. Tapi bila dah kahwin dan anak dah 4, macam makin lama makin jarang buka al quran..sepatutnya usia dah banyak, makin dekat dengan al quran..

Bila baca quran,  jiwa rasa tenang je.. Bila gaduh dengan husband or stress dengan perangai anak-anak, korang try baca quran.  Memang lepas tu macam ada kuasa ajaib jiwa kacau jadi tenang.tapi itulah seperti kata cik mat (pak sedara)  tadi,  bila dah lama kau tak sentuh al quran, bila nak start balik,  payah gila! Macam-macam halangan ada.. 

Sebab tu dia cakap,  sehari kita tinggalkan al quran ibaratnya 7 hari al quran meninggalkan kita.. Sedih kan? 

Demi Allah aku mahu dekat dengan al quran. 

Semoga kita semua sentiasa diberi kesempatan untuk bercinta dengan al quran..amin.. 

Thank you cik mat untuk talk tadi! Simple talk tapi kesannya sangat dalam.

Jom cabar diri sendiri!bukan cabaran nak kurus.. Tapi cabaran baca al quran at least sehelai sehari. Jom!