Wednesday, February 1, 2017

Me and Al Quran


Sehari kita tinggalkan al quran, 7 hari al quran meninggalkan kita.. 

Tadi sembang-sembang dengan adik beradik.. Mak sedara.. Pak sedara...antara topik menarik yang membuatkan kami tertarik adalah berkenaan al quran.. 

Bila kali terakhir kita baca al quran?kenapa tak boleh nak luang masa baca walaupon 1 muka surat? Persoalan untuk diri sendiri jugak sebenarnya. 

Sebenarnya bila dah lama kita tak baca al quran, kalau korang perasan, bacaan kita yang dahulunya lancar akan menjadi gagap.  Walaupon pernah khatam quran masa darjah 6 dulu,  kalau dah 10 tahun kita tinggalkan al quran, bila baca balik, dah tak macam orang yang dah khatam..pelik tapi benar! 

Tak cakap orang lain pun.. Aku dulu zaman belajar rajin jugak baca al quran.. Tapi bila dah kahwin dan anak dah 4, macam makin lama makin jarang buka al quran..sepatutnya usia dah banyak, makin dekat dengan al quran..

Bila baca quran,  jiwa rasa tenang je.. Bila gaduh dengan husband or stress dengan perangai anak-anak, korang try baca quran.  Memang lepas tu macam ada kuasa ajaib jiwa kacau jadi tenang.tapi itulah seperti kata cik mat (pak sedara)  tadi,  bila dah lama kau tak sentuh al quran, bila nak start balik,  payah gila! Macam-macam halangan ada.. 

Sebab tu dia cakap,  sehari kita tinggalkan al quran ibaratnya 7 hari al quran meninggalkan kita.. Sedih kan? 

Demi Allah aku mahu dekat dengan al quran. 

Semoga kita semua sentiasa diberi kesempatan untuk bercinta dengan al quran..amin.. 

Thank you cik mat untuk talk tadi! Simple talk tapi kesannya sangat dalam.

Jom cabar diri sendiri!bukan cabaran nak kurus.. Tapi cabaran baca al quran at least sehelai sehari. Jom! 

No comments:

Post a Comment