Thursday, January 5, 2017

Sabar Itu Indah

Selama aku jadi housewife & ibu tak aku nafikan ada ketika kesabaran aku di uji..sangat!dan sangat!

pada ketika kau di uji, ada satu baran yang mendorong kau jadi nak bertindak di luar kawalan...Allahu...aku sedih sebab ada ketika aku menjerit pada anak-anak ketika mereka bergaduh...Allahu...aku tak tipu!

hari ini masih lagi di uji kesabaran dengan perangai mereka...Aku cuba diamkan diri...tidurkan si bongsu..aku punya rasa marah membuak-buak...aku cuba sabar...aku masuk dalam bilik...kunci pintu...ambil wuduk dan aku solat zohor...sedang aku solat, tak henti-henti Amani menjerit..sebabnya aku kunci pintu bilik..

selesai solat aku buka pintu..dia masih menangis..dan aku cuba untuk turunkan baranku...egoku..cuba terangkan apa yang sepatutnya..apa yang betul dan apa yang salah...

dan sekarang semuanya dah terkawal...aku baring di katil mereka & mereka sedang bergembira buat aktiviti mewarna..dan semestinya mereka bergembira bila aku pun lepak dalam bilik mereka...bezanya mereka mewarna dan aku sedang mencatat memori di blog ini...

sungguh!semuanya kuasa Dia...
Sabar itu sangat indah!orang tak tahu macam mana kau atasi konflik dan masalah kau..orang tak tahu apa yang di uji..orang lebih tahu untuk menghakimi apa yang kau buat..keputusan yang kau buat...

senyumlah!walaupun pahit di dalam...sebab rasa indah itu hanya kau yang rasa...

bertabahlah!!


Dear Arsyad & Amani...i am so sory sayang...kadang-kadang ibu lupa siapa ibu..ibu pun tak sempurna..macam mana nak abang & kakak jadi sempurna...no matter what, ibu sangat sayang kamu & sangat hargai pemberian Allah pada ibu yang terlalu berharga ni..sayangi ibu ya walaupon ibu dah tua, dah tak mampu untuk berdiri, dah tak mampu untuk bersuara...ketahuilah kamu, hidup ibu takkan lengkap tanpa kamu berdua..dan juga Ardini & Aqil...

hugs!!

No comments:

Post a Comment

HOME SITEMAP DISCLAIMER