Tuesday, August 8, 2017

Jaga Perilaku Anak Bermain

Assalamualaikum semua!

nie aku nak share kisah semalam masa aku & adik aku pergi servis Cik Va kat Perodua.

Kids Corner
bila dah masuk rasa sangat selesa. tempat duduk yang empuk, ada kids corner, mini cafe. so kalau nak menunggu untuk 2 jam rasanya okey je.

Ardini excited main kat kids corner tu. tetiba ada kawan nampak sebaya dengan Ardini. so ibu likes yeay!Ada kawan lah!okey je Ardini main dengan budak perempuan tu. sesekali aku dengar suara lelaki panggil budak tu. so andaian aku dia datang ngan ayah dia lah tu.

pastu datang lagi sorang budak lelaki. umur macam 4 tahun. tapi Ya Allah..semua toys dia nak kaut!aku tahu tu normal so aku macam mula-mula tu boleh lagi la cool down.

semua yang Ardini pegang, dia nak rampas. semua!yang aku kisahkan mak dia or penjaga dia tu tak heran langsung!owh!dua tiga kali tau Ardini nangis sebab kena kacau main. setiap kali anak dia datang rampas kat Ardini, setiap kali tu Ardini mengalah pastu nangis.

sampai satu tahap adik aku dah naik bengang ngan mak budak tu. adik aku sound direct je. masa dia sound aku perasan semua mata tengok kat mak budak tu. rupanya masa aku keluar pergi menyusu si Aqil, budak tu dah cari pasal dengan budak lain. ya Rabbi.

orang pelik sebab mak budak tu buat tak tahu je. sayang sebab orang cantik, vogue the vasss, make up cun melecun!tapi bila anak buat hal dia buat tak tahu je!letih la tengok..

cuba lah bangun cakap kat anak tu jangan rebut, kongsi main..ni tidak..tu yang aku geram!aishhh!

aku doakan supaya mak budak tu sempat bagi didikan yang baik untuk anak dia. ajar anak berkongsi. ajar anak berkawan dengan cara yang betul. amin..

3 comments:

HOME SITEMAP DISCLAIMER