Friday, August 4, 2017

Nasi Dagang Viral

Assalamualaikum semua!Good Morning!sarapan apa pagi ni?

pagi ni aku nak share untuk korang yang suka cari tempat makan viral yang superb!

Lokasi : Kg Atas Tol, Kuala Terengganu 
Hari beroperasi : setiap hari kecuali Isnin

with my sister!
korang boleh google nasi dagang tepi kubur kg atas tol. pernah viral di facebook. memang ramai giler orang tapi servis cepat je. setiap kali aku pergi mesti beratur panjang sampai ke tepi jalan. tapi tak lama pun. cepat je. viralnya sebab nasi dagang dia sedap!aku yang bukan penggemar nasi dagang pun jatuh cinta. kuah nasi dagang dia pekat & sedappp! kena dengan selera kami. hehe

lagi kat situ korang kena try teh peng buih ombak rindu. nah nama dia memang gitu ye. bukan aku pandai-pandai tambah. haha!

nasi dagang di hidang atas daun pisang
teh peng buih ombak rindu
teh peng buih ni ada 2 size masa aku pergi tu..ada medium & besar..medium rm 3, besar rm 5. so kalau amek besar boleh dah share 2 orang. lagi jimat kan. air lain pun ada dijual. cuma teh peng ni menu special diaorang. haha.



sistem dia self service. korang beratur amek nak berapa pinggan nasi dagang, nasi lemak pastu bawak talam ke meja..nanti kat meja akan ada pekerja kedai datang ambil order air & kalau nak bungkus, bagitau siap-siap..sebabnya nanti kalau dah nak balik baru bagitau takut habis..melopong orang kat rumah tu nanti..haha

teh peng wajib order kalau pergi!


so korang kalau datang kuala terengganu jangan lupa singgah breakfast sini tau!nak ajak aku sekali pon boleh. roger je. hehe!

2 comments:

HOME SITEMAP DISCLAIMER