ayah ibu, mama papa, mummy daddy semua dah prepare ke baju raya untuk anak-anak?gee tahun ni last minit sungguh!pengajaran untuk tahun depan harap-harap tak buat macam ni dah.
sebab apa?bila semua beli last minit, duit keluar macam air wei!anak sorang ok lagi. anak empattttt...bahagian ibu lagi. hahahaha
with team boboi |
macam tahun lepas, setiap kali pergi KL mesti shopping at least sepasang sorang baju baru. so baju tu gee simpan untuk pakai raya. kebetulan pulak tahun lepas kerap pergi KL. so bila masuk Ramadhan baju raya bebudak ni dah 90% settle. tinggal beli baju melayu dan baju kurung je.
owh kenapa beli kat KL?entah!bagi kami laki bini, baju budak macam jeans, dress, gown, tshirt agak pricey kat Kuala Terengganu. 1 seluar jeans yang elok sikit quality tu range harga rm50. compare kat luar banyak je baju budak bawah 50. tak cerita lagi harga gown, skirts. mak aiii. adik yang duk KL terkejut tengok harga baju budak kat sini. haha!
khamis lepas pergi Kota Bharu. pergi aeon mall baru. rasanya tahun lepas baru bukak. best jugak sebab ada padini. kebetulan ada sale. banyak sale rm49 for 2. so okey sangat dah dengan bajet kami. yang rm 19.90 satu pun ada. yang rm9.90 pun ada tapi tak beli sebab macam tshirt biasa je. hehe. pergi sehari aje. sampai sana dalam 2 petang. solat, bukak puasa semua kat dalam tu. haha. standby jugak baju kot nak check in. tapi dah semua settle kan. so malam tu jugak gerak balik. (nak repeat pergi lagi lah!)
stroller plan untuk si bongsu. tapi dia dulu chop nak duduk!hadoi! |
malam tadi settle baju kurung untuk si anak dara 2 orang tu. lagi 2 anak teruna belum settle lagi. mak & bapak pun sama.
nasib baik encik suami rajin melayan isteri meronda-ronda cari baju raya. haha.
dah merapu.
nak pergi mandikan si Aqil pulak.
harini berbuka di rumah mak gee. petang semalam balik sini. rindu masakan bondaku!petang ni dia nak buat laksa!yeayyy for me!hehehehe
done for now!
love,
gee
Semalam baru ikut kakak ipar bawa anak-anak pergi shopping baju raya. Fuhh pening betul memilih baju budak. Siap buat perangai lagi. Hehe. Yang lelaki tak nak cuba baju. Yang perempuan, nak matching baju sendiri pulak. Pening tengok. Hehe. Tapi seronok 😍
ReplyDeletehaa tahu takpe..kita nak kejar masa lagi..diaorang siap buat macam playground kat kedai..lagi geramm..
Delete