Wednesday, July 5, 2017

Penat!

tak tahu kenapa minggu ni badan sangat penat!pantang jumpa bantal mesti nak kroohhhhh..

pastu sangat penat nak buat housecores!bulan puasa haritu memang tak larat so rumah bersih ala kadar je. ni nak kena mop & buang segala habuk-habuk, menyental toilet, dapur, semualah!

pastu lagi penat bila anak-anak tak terjaga. yang abang nak kena tumpu hal sekolah. yang kakak pun sama. kesian tengok duk buat hal sendiri je. si Ardini my number 3 tu nak kena bagi perhatian jugak. baru nak masuk 3 tahun. lagi lah kan. tengah nak membesar. pastu yang bongsu Aqil pulak lain macam pulak perhatian dia. dia nak kita ada sebelah je. kalau tak nampak mula lah mencari. hadoi. penat!

bila nak memasak?nak melipat kain?

nak cari duit lagi. berniaga online nak kena hadap phone. tak hadap phone, duit mana nak datang. jangan ingat i ols habiskan harta laki i ols. penat tau hadap phone update bisnes kecik i ols ni. pastu pergi cod sana sini. anak-anak lagi kena ketepikan sekejap sebab nak reply whatsapp customer. 

dah merapu pagi ni!

kesian kat abang arsyad. sebab ibu kurang bagi perhatian kat abang. pensel warna sekejap je habis sebab hilang. tinggal beberapa batang aje. geram jugak tengok!tapi mungkin abang tak tahu lagi macam mana nak simpan barang & jaga dengan betul. nanti ibu beli baru. harap bertahan lama pensel warna tu. kalau habis sebab guna takde pun ibu nak kisah. ni hilang tak tau ke mana. 

kakak okey je pagi ni. Alhamdulillah.

terasa diri ni tak dapat jadi ibu terbaik. sedih!

ibu sayang abang arsyad!
love,
supermom Ibu!

4 comments:

  1. kalau penat,rehat kan diri dengan solat...
    mengadu segala dgn Allah.dan paling penting minta kekuatan dariNYA
    supaya dpt buat sgla kerja,tngungjawab dgn baik..
    InsyaAllah. Allah permudahkan. super woman kan! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. in syaa Allah amin..semoga terus diberi kekuatan untuk jadi super woman!

      Delete

HOME SITEMAP DISCLAIMER