Assalamualaikum semua!Good Morning!sarapan apa pagi ni?
pagi ni aku nak share untuk korang yang suka cari tempat makan viral yang superb!
Lokasi : Kg Atas Tol, Kuala Terengganu
Hari beroperasi : setiap hari kecuali Isnin
with my sister! |
korang boleh google nasi dagang tepi kubur kg atas tol. pernah viral di facebook. memang ramai giler orang tapi servis cepat je. setiap kali aku pergi mesti beratur panjang sampai ke tepi jalan. tapi tak lama pun. cepat je. viralnya sebab nasi dagang dia sedap!aku yang bukan penggemar nasi dagang pun jatuh cinta. kuah nasi dagang dia pekat & sedappp! kena dengan selera kami. hehe
lagi kat situ korang kena try teh peng buih ombak rindu. nah nama dia memang gitu ye. bukan aku pandai-pandai tambah. haha!
nasi dagang di hidang atas daun pisang |
teh peng buih ombak rindu |
sistem dia self service. korang beratur amek nak berapa pinggan nasi dagang, nasi lemak pastu bawak talam ke meja..nanti kat meja akan ada pekerja kedai datang ambil order air & kalau nak bungkus, bagitau siap-siap..sebabnya nanti kalau dah nak balik baru bagitau takut habis..melopong orang kat rumah tu nanti..haha
so korang kalau datang kuala terengganu jangan lupa singgah breakfast sini tau!nak ajak aku sekali pon boleh. roger je. hehe!
teh peng wajib order kalau pergi! |
so korang kalau datang kuala terengganu jangan lupa singgah breakfast sini tau!nak ajak aku sekali pon boleh. roger je. hehe!
Dulu dia pernah buat rumah terbuka kan...ramai betul orang...ehehe
ReplyDelete