Thursday, August 10, 2017

yeay!jiwa dah tenang!

Alhamdulillah..memang betul lah. terapi terbaik untuk jiwa tenang balik kampung jumpa mereka yang tersayang. hilang segala kesulitan, kekusutan. 

cuaca harini pulak best!tadi hujan. mendung. redup je. Allah pun bantu aku untuk mencari ketenangan.

hijau kan?sejuk mata memandang..
petang ni or esok dah kena balik rumah. sebab lusa anak-anak sekolah. sambung routine yang sama. bangun pagi setelkan anak-anak sekolah, prepare lunch ( kadang-kadang mood malas menjelma jugak ), keluar cod ( i like! ) dan routine yang lain. kang kalau aku list nak kena tukar pulak tajuk post tu. kuang kuang kuang!

so untuk yang serabut kepala kat office atau housewife (like me) yang stress depress, silalah amek ruang dan waktu cari ketenangan. keluar dari rutin biasa. yang ada bajet lebih pergilah bercuti. dekat-dekat pun takpe. ala check in hotel sebelah opis pun boleh. tak pun kalau rumah mak dekat, balik je kejap jumpa orang tua, adik beradik. in syaa Allah akan dapat ketenangan yang dicari.

lagi mudah bukak quran. spend masa baca quran, luahkan apa yang terbuku. owh!baru aku ingat!aku jiwa kacau ke sebab aku tak leh semayang?haaaa...syaitonnn jahat sungguh!!patutlaaaa...

apa pun aku dah dapat ketenangan aku. lumrah kehidupan kan. kadang kita gembira. kadang sedih. kadang nak marah. kadang nak bermanja. 

hari esok?

semoga baik-baik sahaja untuk kita semua. 

love,
gee

4 comments:

  1. Betullll! jumpa yang tersayang salah satu pengubat jiwa yang lara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?sekejap je hilang segala gundah gelana..hehe

      Delete
  2. Sama lah kita. 3-4 hari ni aduh..mood memang teruk sungguh. Lagilah vitamin Malas tuh. Nak masak pun malas. Tapi pk anak2 kugagahkan juga la ke dapur. Masak ape yang patut. Kampung kat mane tuh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?kerana anak kena rajinkan jugak!haha..kampung kat manir, area koler ganu je..hehe

      Delete

HOME SITEMAP DISCLAIMER